Muka Surat 1
Ketika Sang Bayu berusia 18 tahun . Anak pertama dari 3 orang adik beradik. Berasal dari keluarga yang serba sederhana.Merupakan anak jati Kedah. Bapanya bekerja sebagai seorang pesawah manakala ibunya adalah seorang suri rumah. Bermula 20 Mac yang lalu selepas tamatnya alam persekolah menengah bagi mengisi masa lapangnya yang terbuang begitu saja, Sang Bayu telah bekerja di sebuah Cyber Café terletak di UUM Sintok,Kedah . Walaupun gaji yang diberikan tidak seberapa, bukan lah itu yang Sang Bayu inginkan. Bagi Sang Bayu, pengalaman itu lebih berharga daripada wang ringgit yang di terimanya sekarang. Hampir tiga bulan Sang Balu menghabiskan masa remajanya di situ.
Di penghujung bulan Mei. Pelbagai pengalaman telah dipelajari di Cyber Cafe,semasa Sang Bayu sedang berehat di tempat kerjanya Sang Bayu mula berasa bosan dengan keadaannya sekarang.Hati kecilnya mula bertanya “hemmm…… apa nak jadi dengan aku ni…. Tak kan lah aku nak kerja ni sampai aku tua kot…. Teruk betul kerja macam ni … Aduhhh !!! ”. Mulai saat itu Sang Bayu berazam , dia telah bertekat di dalam hatinya untuk menyambung belajar di mana-mana kolej atau pun universiti. Dia tidak mahu lagi susah begini, dia ingin mengubah taraf hidup keluarganya. Biar pun susah dahulu, bak pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Ini lah salah satu prinsip hidupnya. Pelbagai tawaran telah dia isi.. Pelbagai bidang telah dia ceburi.
Kini muncul lah bulan Jun , ini lah bulan yang telah dimaklumkan oleh sidang web dan akhbar.Merupakan pengambilan pelajar-pelajar baru. Hampir setiap hari dia mendapat surat tawaran namun semuanya tidak dipedulikan, ini kerana semua tawaran-tawaran yang dia perolehinya tidak menepati isi hati nya. Kini dia menunggu satu tawaran yang dapat menjamin hidupnya satu hari kelak.
No comments:
Post a Comment